Memaparkan catatan dengan label tunku anum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tunku anum. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

Politik Kedah Dalam Tuhfat Al-Nafis

(SARJANA PERLU MENELITI SEMULA TUHFAT AL-NAFIS BERSAMA HIKAYAT BANJAR, HIKAYAT PATANI DAN JUGA HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA KERANA HISTORIOGRAFI INI BERKAIT RAPAT - TUNKU KUDIN TUNKU YAACOB)

MEMBACA tulisan Asrul Effendi Kamaruzzaman 'Pertikaian politik alam Melayu dalam Kitab Tuhfat Al-Nafis' dalam Sastera dan Budaya (Berita Harian 4 Mei 1999), saya rasa terpanggil dan ingin berkongsi pengetahuan mengenai pertikaian politik di Kedah dalam Kitab Tuhfat Al-Nafis secara ringkas dengan merujuk kepada penelitian dan tulisan orientalis yang ada di Perpustakaan Awam, Alor Setar.

Sepuluh tahun lalu saya menulis perkara yang sama dengan hanya merujuk kepada dua buah teks saja iaitu Al-Tarikh Salasilah (karya Mohamad Hassan Datuk Kerani Mohamad Arshad) dan Kedah 1771-1821 The search for Security and Independence. (R.Bonney)

Tajuknya 'Campur tangan Bugis di Kedah - Titisan Bugis terakhir memerintah Negeri Kedah ialah Tunku Mohd Said' [Berita Minggu, 1 Feb 1987].

Mengikut Al-Tarikh Salasilah, Tunku Mohd Said menjadi Raha Muda Kedah dari 12.11.1263H hingga 13.6.1270H.

Saya ingin mencatatkan tulisan J.M. Gullick berhubung Tunku Mohd said - "Tunku anum died in 1853 and in 1864 the Sultan regained control of the northern district of Kubang Pasu which the Siamese had assigned to him in 1842. The real opposition within Kedah was the rump of the party, which had advocated and practised war to the bitter end against the Siamese. Their leader was Tunku Mohd. Said who had been accommodated with the position of Raja Muda during the short reign of the Sultan's father and who made unsuccessful bid for the throne when it fell vacant in 1854. Nothing more is heard of Tunku Mohd. Said and the "Many rajas and court officials who had supported him in 1854".[hlm.76, Alor Setar 250 Tahun]

Tunku Mohd. Said di tabal sebagai Raja Muda oleh ayahanda mentuanya Sultan Zainal Rashid (1845-1854)

Tunku Mohd. Said adalah putera Tunku Abdul Rahman bin Tunku Radin Muhamad atau lebih terkenal dengan nama Tunku Long Putih.

Tunku Radin Muhamad berkahwin dengan Tunku Jam-Jam puteri Sultan Abdullah Mukaram Shah (1778-1797)

Dengan perkahwinan ini tamatlah permusuhan Bugis/Kedah yang membabaitkan Selangor berlanjutan hampir 100 tahun.

Permusuhan ini bermula dengan tuntutan takhta oleh Tunku Ngah Putera (putera Raja Jung Tawa)cucu Sultan Dhiauddin Mukaram Shah 1 (1661-1687) berlarutan selepas itu dengan peristiwa yang sama di antara Tunku Long Putera dan Tunku Anjang dengan ayahanda mereka Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710-1778).

Dalam peristiwa di atas selain yang tercatat dalam Bab 25 - Peristiwa di Kedah dan Terengganu dan Bad 26 - Raja Haji menyerang Kedah (Tuhfat Al-Nafis - Siri kajian Sastera Fajar Bakti oleh Virgina Matheson), saya dapati ada satu lagi kajian oleh Barbara Watson Andaya " The Role of the Anak Raja in Malay History: a case study from eighteenth Century Kedah". (Journal of Southeast Asian Studies, Vol:7, No.2, 1976) yang banyak memaparkan dengan jelas urutan pertikaian itu dan jadi mudahlah kita memahami sejarah yang sebenarnya.

Di sini saya ingin menambah iaitu adalah Tunku Radin Muhamad (Tunku Long Putih) ialah putera Tunku Hussin bin Tunku Ibrahim (sultan Ibrahim) ibni sultan Sallehuddin (Raja Lumu). [ Lihat juga Palembang in 1811 and 1812 dalam Eassys on Indonesian & Malayan History oleh John Bastin]

Dan Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin Kelang) ialah menantu cucu Tunku Radin Muhamad Tunku Long Putih) dan kemudiannya cucu Tunku Dhiauddin yang bernama Sharifah Mastura berkahwin dengan Tunku Musa Iddin (Raja Muda Selangor).

Tidak hairanlah Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin) mendapat sokongan rakyat Selangor ketika menjadi Viceroy Selangor. Itulah sejarah yang sebenarnya.

Kesimpulannya saya syorkan sebagai mana disarankan oleh Profesor Ungku Maimunah Mohd. Tahir peri pentingnya sejarah yang di warisi dari Barat itu diteliti semula.

Justeru itu adalah wajar para sarjana tempatan mengkaji dan menliti semula Tuhfat Al-Nafis bersama Hikayat Banjar, Hikayat Petani dan juga Hikayat Merong Mahawangsa kerana keempat-empat historiografi ini berkait rapat.

Dan dengan itu akan berhasillah satu tafsiran yang lebih tepat atau jelas tentang politik alam Melayu.

Mari kita berpolemik - tak mungkinkah Hikayat Banjar di karang oleh syeikh Arsyad Banjar, Hikayat Patani di karang oleh syeikh Daud Al-Fatani dan Hikayat Merong Mahawangsa di karang oleh Syeikh Abdul Samad Al-Palembani.

Ketiga-tiga mereka berada dalam jarak waktu yang sama dengan pengarang Tuhfat Al-Nafis.

Catatan mereka memberi arah untuk kita menyelam mutiara sejarah bangsa Melayu.

Rujukan : http://tunkuanum.blogspot.com/

Sabtu, 15 Jun 2013

TUNKU ANUM, RAJA KUBANG PASU DARUL QIYAM...


InsyaAllah, ana akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan asal usul keturunan ana... ana mendapat maklumat ini daripada moyang ana, Tunku Kudin Bin Tunku Yaakob ketika ana menziarahi beliau... menurutnya, beliau merupakan keturunan Ke-7 Tunku Anum, iaitu Raja Kubang Pasu Darul Qiyam... menurut beliau juga, tok wan ana, Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 8 maka secara tidak langsung, mak ana, Tunku Zarita Bt. Tunku Mohd Mokhtar adalah keturunan yang ke- 9 dan akhirnya ana, Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin merupakan keturunan yang ke- 10... menurutnya lagieh, nama ana selain Putera Muhammad Mu`izz bin Mahayudin ialah Raden Muhammad... memang benar, moyang ana inie saja panggil ana Raden... ana pun x tahu asalnya macam mana nama itu buleyh muncul... bila ana tengok balik salasilah yang telah disusun beliau, Raden Muhammad adalah nama nenek moyang ana jugak... oleh itu, ana mempunyai dua nama... maka dengan inie, ana membuat kesimpulan bahawa mungkin nama tersebut tercetus dari situ,.... biasalah orang dulu2, namanya lebih kurang sama... mengapa ana tidak sebut saudara mara yang lain??? ini kerana keturunan di kira melalui anak sulung kepada anak sulung dan anak sulung serta begitulah seterusnya (anak sulung sahaja di sebut sebagai keturunan dalam salasilah)...

macam2 cerita berkenaan sejrah asal usul keturunan ana yang ana dengar di sana,... Subhanallah... ana pun x pernah tahu sebelum ini.... Alhamdulillah... hari inie, Allah telah temukan ana dengan keturunan ana....

dan di sinie ana uploadkan sejarah TUNKU ANUM, Raja Kubang Pasu, Darul Qiyam dan siapakah beliau...
inielah asal usul ana... sesungguhnya maklumat inie masieh tidak lengkap... InsyaAllah, ana akan updatekan andai kata ana mendapat maklumat terbaru....