Memaparkan catatan dengan label Fiqh Medic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqh Medic. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2013

Kelebihan Berkhatan


Musim cuti sekolah akan bermula, maka bermulalah juga musim berkhatan bagi kanak-kanak lelaki Islam di Malaysia. Telah menjadi satu budaya masyarakat di Malaysia untuk mengkhatankan anak lelaki semasa musim cuti sekolah. Kesedaran tentang berkhatan juga telah berkembang dikalangan bukan Islam yang melakukan khatan secara sukarela kerana faedah-faedah kesihatan yang banyak.


Berkhatan adalah memotong kulit dihujung kemaluan lelaki yang biasanya dipanggil kulup (foreskin). Kulup ini akan meliputi kepala zakar (glan penis) dan ianya biasanya akan melekat antara satu sama lain dan susah di pisahkan. Ia akan lebih mudah dipisahkan apabila kanak-kanak itu meningkat ke umur remaja.

Dari sudut sejarah  ada sesetengah ulama berpendapat berkhatan bermula dengan Nabi Adam A.S dan juga sesetengah ulama berpendapat manusia pertama yang berkhatan adalah Nabi Ibrahim A.S. Yang pastinya amalan berkhatan telah diamalkan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Terdapat ukiran di Pyramid di Mesir yang menunjukkan budaya berkhatan ini diamalkan oleh masyarakat Mesir kuno pada zaman Firaun lagi.

Berkhatan adalah sesuatu yang amat menakutkan kepada kanak-kanak lelaki sejak dari dahulu lagi.  Didalam Islam berkhatan adalah suatu amalan yang disyariatkan dan amat dituntut. Dalam mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Menurut  mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Dalam mazhab Hanbali pula, Imam Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat. Selain perintah agama, ia untuk kesihatan individu itu juga.

Syariat Berkhatan



Waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Dalam budaya masyarakat Arab dan Yahudi , berkhatan dilakukan semasa bayi lagi. Bagi Masyarakat Melayu pula , biasanya berkhatan dilakukan semasa kanak-kanak dalam umur 5 hingga 12 tahun.



Dalam satu riwayat daripada Saidatina Aisyah menceritakan:



Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)



Kebanyakan ulama berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada ulama yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.



Seorang ulama yang terkenal,  Ibnu Juzaiy mempunyai pendapat yang berbeza yang ditulis dalam kitabnya al-Qawanin al-Fiqhiyyah. Beliau menggalakkan waktu khatan dilewatkan hingga anak tersebut boleh diajarkan solat; iaitu sekitar umur tujuh hingga 10 tahun. Beliau menghukumkan makruh  dilakukan khatan ke atas bayi pada hari pertama kelahirannya dan juga pada hari ketujuh kelahirannya kerana ini menyerupai  amalan kaum Yahudi. Ibnu Juzaiy juga berpendapat; adalah amat dituntut diadakan jamuan makan sempena majlis berkhatan bagi lelaki tetapi tidak bagi majlis khitan kaum wanita.





Berkhatan dan Kesihatan



Hikmah berkhatan dari sudut agama adalah ia merupakan salah satu tuntutan syariat  Islam dan menjadi satu amalan para Nabi terdahulu. Manakala sudut kesihatan pula dengan berkhatan seseorang mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat terutama bagi kaum wanita serta memberi keselesaan semasa bersetubuh.



Apabila tidak berkhatan , terdapat kotoran yang berkumpul diantara kulup dan kepala zakar yang dipanggil ‘smegma’ yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga punca kepada kanser zakar.



Sains telah membuktikan bahawa amalan berkhatan ini mempunyai banyak faedah kesihatan berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan. Diantara hasil kajian yang amat nyata mendapati  kadar kanser zakar adalah   jauh lebih rendah dalam komuniti yang mengamalkan berkhatan seperti Muslim dan Yahudi.

Terdapat kajian terbaru menunjukkan kadar penyakit kelamin adalah rendah dikalangan lelaki yang berkhatan.Kajian ini mendapati jangkitan  penyakit syphilis adalah lebih rendah dikalangan lelaki yang berkhatan.

Kajian Cochrane meta analysis yang  dijalankan di Afrika  pada tahun 2007  juga menunjukkan berkhatan boleh menurunkan risiko jangkitan HIV dikalangan lelaki yang aktif seksual diantara 38% hingga 66% dalam tempoh 24 bulan. Kesimpulan dari kajian ini mencadangkan lelaki digalakkan untuk berkhatan untuk mengurangkan penularan wabak HIV di negeri Sub Sahara Afrika. WHO mencadangkan salah satu dari program mencegah HIV ialah dengan menggalakkan amalan berkhatan.


Berkhatan juga menurunkan insiden jangkitan HSV-2 sehingga 28% dan berkait dengan penurunan prevalen HPV dan risiko jangkitan kuman saluran kencing. Oleh itu ia secara tidak lansung menurunkan risiko isteri mendapat kanser pangkal rahim.

Dari aspek perubatan , khatan dibuat sebagai rawatan keatas pesakit yang mengalami masalah jangkitan kuman kulup zakar (balanitis), kulup yang mempunyai lubang pin (pinhole phimosis) atau tertutup  yang menyebabkan kulup mem’belon’ semasa kencing dan juga kanak-kanak lelaki yang selalu mendapat jangkitan saluran kencing.


Komplikasi dari prosedur berkhatan yang biasa adalah pendarahan dan jangkitan kuman. Risiko terpotong kepala zakar juga boleh berlaku jika pengkhatan tidak berhati-hati dan menggunakan kaedah memotong terus atau ‘guilletine’ dengan pisau bedah atau kaedah yang diamalkan oleh ‘tok mudim’ seperti zaman dahulu.

 Sekarang terdapat inovasi yang telah direka untuk mengurangkan risiko-risiko pembedahan berkhatan ini dengan penggunaan ‘klamp’ plastik. Kaedah ini tidak memerlukan jahitan dan prosesnya amat cepat dilakukan. Pelbagai jenis ‘klamp’ ini yang terdapat dalam pasaran seperti Sunathrone, SmartKlamp, AlisKlamp, Tara klamp, Ismail Klamp dan  Plastibel.


Kaedah berkhatan dengan menggunakan klamp ini terlah terbukti lebih mudah, kurang pendarahan, kurang risiko jangkitan, lebih selesa kepada kanak-kanak kerana boleh terus memakai seluar dan boleh mandi dan bergerak dengan lebih selesa tanpa rasa sakit.Kanak –kanak juga mudah untuk membuang air kecil dan mudah untuk beristinjak tanpa mencemarkan luka berkhatan.

alat Sunathrone

Penggunaan kaedah klamp ini memerlukan latihan untuk doktor yang menjalankannya. Anda perlu mendapatkan khidmat doktor yang terlatih yang berpengalaman melakukan kaedah ini. Pengalaman penulis menggunakan kaedah ‘klamp’ ini semenjak lapan tahun yang lalu telah membuktikan kelebihannya terutama kepada doktor yang membuat prosedur ini kerana mengurangkan ‘sakit pinggang’ kepada doktor yang membuat pembedahan berkhatan berbanding dengan kaedah menjahit luka tersebut.

Terpulanglah kepada ibubapa untuk memilih kaedah terbaik untuk mengkhatankan anak. Pastikan kaedah yang kita pilih memberikan keselesaan kepada anak yang dikhatan dan juga mengurangkan risiko komplikasi.



Wassalam



Dr Norman Mohd Norawi

MBBS, MscAAARM
SUNATHOLOGIS
Pengamal Perubatan Am & Pengkhususan dalam Aesthetic, Anti Aging & Regenerative Medicine

Sumber : http://doknorm.blogspot.com/2012/11/berkhatan-mencegah-penyakit.html

***************************************



Oleh : Wartawan Sinar Harian

Tarikh : December 2, 2011

Syariat berkhatan

Sebut sahaja bersunat, pasti kecut perut anak-anak lelaki yang belum disunatkan lagi, kerana beranggapan bersunat itu sakit dan bermacam lagi ketakutan dimomokkan sehingga ada yang lari tidak mahu disunatkan.

Mahu tidak mahu, mesti juga dilakukan kerana ia dituntut dalam Islam. Dalam mazhab Syafie, hukum berkhatan adalah wajib sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Di sisi mazhab Hanafi, berkhatan hukumnya adalah sunat sahaja bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Imam Ahmad pula berpandangan; ia hanya wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, hukumnya hanyalah sunat. Selain perintah agama, ia untuk kesihatan individu itu juga. 


Tingkat kefahaman anak-anak

Penyelaras Majlis Berkhatan Beramai-ramai Masjid Negara 2011, Ehsan Mohd Hosni berkata, menjalankan amalan bersunat ini adalah tuntutan agama Islam yang mahukan setiap umatnya memiliki kualiti kesihatan yang terbaik dalam masyarakat. 

Menurutnya, program ini juga bertujuan meningkatkan fahaman Islam terhadap anak-anak kecil, terutamanya kepentingan berkhatan seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri. 
“Kanak-kanak yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain. 

“Ini kerana amalan berkhatan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa,” katanya.


Waktu berkhatan

Waktu berkhatan tidak disyaratkan ketika kecil. Oleh itu harus berkhatan ketika dewasa antara tujuh hingga 10 tahun. Namun demikian, disunatkan para wali mengkhatankan anaknya pada hari ketujuh kelahiran jika orang yang menjalankan khatan melihat anaknya itu mampu dan tidak sakit. 

Saidatina Aisyah menceritakan; Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Kebanyakan ahli ilmu berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa budak lelaki meningkat umur baligh. Malah ada yang berpendapat lebih afdal bagi pihak ibu bapa atau penjaga melaksanakan khatan ke atas anak lelaki mereka sejak mula hari kelahirannya.

Namun, pendapat ini tidak dipersetujui oleh Ibn Juzaiy yang mengatakan dalam kitabnya al-Qawanin al-Fiqhiyyah (hlm 167); Digalakkan waktu khatan dilewatkan hingga anak tersebut boleh diajarkan solat; iaitu sekitar umur tujuh hingga 10 tahun. Makruh juga dilakukan khatan ke atas bayi pada hari pertama kelahirannya dan juga pada hari ketujuh kelahirannya kerana ini adalah amalan kaum Yahudi.

Pendapat Ibn Juzaiy ini disanggah oleh mereka yang berpegang dengan hadis berikut; Daripada Jabir r.a berkata “Rasulullah mengadakan akikah bagi kedua cucunya Hasan dan Hussien serta mengkhatankan kedua-duanya pada hari ketujuh kelahiran mereka.”

Ibn Juzaiy juga berpendapat; adalah amat dituntut diadakan jamuan makan sempena majlis berkhatan bagi lelaki tetapi tidak bagi majlis khifad kaum wanita.

Hikmah berkhatan wujud dalam dua sudut, iaitu sudut agama dan sudut kesihatan. Sudut agama merupakan salah satu syiar agama Islam. Manakala sudut kesihatan pula mengutamakan kebersihan dan kesucian, mengawal dan menstabilkan nafsu syahwat (terutama bagi kaum wanita) serta memberi keselesaan semasa berjimak (bersetubuh). 

Jika bayi atau kanak-kanak dikhatankan pada awal usia, sisa air kencing tidak akan bertakung di celah kulup kemaluan mereka.


Kaedah Smart Klamp

Jika dahulu, kaedah berkhatan mesti menggunakan pisau khas, batang pisang dan pelbagai lagi alatan untuk bersunat. Namun kini dengan kecanggihan teknologi, kaedahnya semakin mudah dan cepat, misalnya menggunakan kaedah Smart Klamp.

Beliau berkata, mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp ia merupakan satu teknik berkhatan yang cepat, mudah dan selamat. 

“Dengan teknik ini, lima kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. 

“Dengan 10 orang doktor, 200 kanak-kanak dapat dikhatankan dalam masa empat jam berbanding lapan jam dengan cara jahitan,” katanya. 

Tambahnya, prosedur Smart Klamp boleh dijalankan hampir di mana-mana sahaja kerana ia amat ringkas, bersih dan teratur. 

“Selain penggunaan Smart Klamp telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ia juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doktor, tanpa jahitan dan mudah dijaga. 

“Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhatan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003. Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif,” jelasnya. 


Khatan bagi wanita

Bagi kaum wanita, istilah khifad lazim digunakan dan bukannya khatan. Selalunya wanita akan disunatkan ketika masih bayi lagi.

Menurut al-Mawardi: “Khatan bagi wanita pula ialah memotong kulit yang berada di bahagian atas faraj seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang kesemuanya.”
sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/syariat-berkhatan-1.9293

Sakit Belakang


Assalamualaikum. Salam ukhuwah Dr.Zaki. Saya mengalami masalah tulang yang agak serius kebelakangan ini. Sejak bulan Mei lepas, tulang belakang saya mulai sakit perlahan-lahan. Sakit ini menyerang saya kadang-kadang sahaja. Tapi sejak minggu lepas,sakit ini tidak surut-surut juga seperti sebelum ini. Saya tidak boleh berdiri lama, saya tidak boleh duduk tanpa menyandarkan badan pada apa-apa. Sakitnya bagai dicucuk-cucuk dan urat saya ditarik-tarik bagai terkena kejutan elektrik.
Adakah saya berkemungkinan mengalami slip disc? M0h0n jawapan yang terperinci daripada doktor.
Sungai Petani, Kedah.


Jawapan:
Waalaikumussalam. Terima kasih saudari yang bertanya. Saya berikan gambaran secara umum tentang masalah saudari tentang sakit belakang.


Selalunya sakit di bahagian belakang disebabkan oleh ketegangan otot (muscle sprain), tetapi jangan terlalu ambil ringan tentang sakit belakang yang mungkin adalah simptom kepada sakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan pada vetebrar disc, sendi vertebra, atau sakit yang bersangkutan dengan organ yang terletak di bahagian belakang seperti sakit buah pinggang, aorta atau pankreas.


Struktur tulang belakang manusia.
Sakit di bahagian belakang yang saudari sebut sebagai “electric pain” mungkin melibatkan saraf yg tertekan akibat dari unjuran disc yg terkeluar. Lihat gambarajah. Struktur disc boleh menekan pangkal saraf yang menyebabkan berlaku kesakitan yg disebut neuropathic pain.

Apapun, dapatkan khidmat nasihat doktor. Bincang dengan doktor untuk dibuat CT scan lumbar region melihat kepada struktur lumbar, disc dan pangkal saraf.
Terima kasih.
Dr. Zaki Ibrahim

sumber : http://medikdrzaki.wordpress.com/2010/12/02/sakit-belakang/

Apendiks. Penyelesaiannya.

Assalamu alaikum. Saya baru didiagnos menghadapi penyakit apendiks dan memerlukan pembedahan. Saya ingin minta pandangan Dr Zaki tentang pembedahan yang akan dilalui, dan adakah kaedah lain untuk merawat penyakit ini?
Khairul Solihin
Alor Gajah


Terima Kasih saudara Khairul atas pertanyaan. Apendiks adalah  sebahagian dari struktur  usus, terletak di bahagian kanan usus 

Radang atau pembengkakan boleh berlaku di apendiks. Pembengkakan ini menyebabkan sakit yang mencucuk di bahagian kanan perut pesakit. Jika pembengkakan ini melibatkan juga jangkitan bakteria, ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti apendiks pecah dan kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian peritoneum (peritonitis). Tindakan awal adalah sangat penting untuk mengelak kemudaratan ini.

Pada peringkat awal, doktor akan memeriksa  dan membuat analisa ultrasound serta ujian darah untuk memeriksa  status penyakit apendiks dan jangkitan. Jika pembengkakan dan jangkitan dikesan, doktor akan mencadangkan untuk apendiks ini dibuang. Prosedur ini dipanggil appendicectomy.

Pada masa kini, appendicectomy dibuat melalui kaedah laparoscopic (http://en.wikipedia.org/wiki/Laparoscopic_surgery). Ini adalah yang meminimumkan komplikasi pembedahan dan hanya melibatkan tusukan kecil di perut pesakit untuk memasukkan alat pembedahan laparoscopic. Ini adalah kaedah terbaik untuk merawat penyakit pembengkakkan apendiks (appendicitis).

Pada pandangan saya, saudara Khairul boleh bincang dengan doktor untuk penjelasan lanjut tentang pembedahan yang akan dilakukan nanti.


Terima kasih dan selamat menjalani pembedahan!

Dr Zaki Ibrahim

sumber : http://medikdrzaki.wordpress.com/2011/02/05/penyakit-apendiks/

Rawatan Pitam


Salam perkenalan, saya seorang ibu kepada seorang pelajar di universiti tempatan. Saya ingin meminta penjelasan doktor tentang masalah anak saya yang sering pitam. Kenapa dia mudah untuk pitam berbanding orang lain? Saya telah berjumpa dengan doktor di tempat pengajian anak saya, namun doktor berkenaan mengatakan tiada masalah khusus yang dikenal pasti sebagai punca masalah ini. Bagaimana hendak merawat masalah ini jika tidak tahu puncanya? Apakah langkah terbaik untuk saya lakukan apabila anak saya pitam?
Siti Solehah
Bangi


Salam perkenalan,
Terima kasih atas pertanyaan. Pitam adalah berpunca daripada kekurangan darah di bahagian otak. Kekurangan tekanan darah di bahagian otak menyebabkan otak kekurangan oksigen dan glukos. Apabila ini berlaku, otak akan bertindak pantas menutup peranannya yang tidak penting dan memfokus kepada bahagian kawalan penting seperti pernafasan. Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pengsan hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.


Apakah situasi yang boleh menyebabkan seseorang pitam?


Sakit
Keletihan yang bersangatan
Kekurangan glucose didalam badan
Gangguan emosi yang bersangatan
Berdiri terlalu lama ketika cuaca panas
Perubahan posisi dari duduk kepada berdiri

Apakah simptoms dan tanda awal pitam

Seseorang pesakit tidak terus rebah tetapi mengalami beberapa tanda-tanda awal. Jika tanda–tanda awal ini tidak diambil perhatian segera, pesakit akan mula merasai lemah dan akhirnya pitam. Sebelum pesakit pitam, kaedah terbaik adalah dengan mengenal pasti tanda-tanda awal sebelum pitam dan baringkan pesakit.


Tanda awal sebelum pitam:

Pening
Loya
Pucat
Lemah
Penglihatan mula kabur
Vertigo
Kebas dibahagian jari dan kaki
Sedikit berpeluh


Rawatan asas:

Pitam adalah reaksi fisiologi badan yang bersifat sementara.
Jangan panik.
Mulakan dengan rawatan asas kecemasan DRABC.
Longgarkan pakaian pesakit.
Pastikan pesakit mendapat udara segar.
Baringkan pesakit dan tinggikan di bahagian kaki.
Rawat jika ada kecederaan lain.

Jika pesakit masih mengadu sakit terutama di bahagian dada, kepala, perut dan belakang, pening, sesak nafas dan tidak dapat menggerakkan anggota badan. Pesakit perlu rawatan susulan segera.

 Pesakit perlu diselia setiap masa dengan memeriksa :

Nadi
pernafasan
Tahap kesedaran


Rawatan susulan:

Pitam mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih kritikal yang belum dikenal pasti oleh doktor. Pitam perlu diambil serius dan perlu kepada rawatan susulan. Pesakit yang sering mengalami masalah pitam perlu memaklumkan kepada doktor dan siasatan perlu dijalankan untuk mengenal pasti puncanya.


Tips Penting


Pesakit kekal dalam keadaan baring untuk seketika ( 15-20 minit) walaupun sudah kembali sedar. Apabila pesakit bersedia untuk bangun, pastikan pesakit bangun dengan perlahan-lahan. Jangan baringkan pesakit yang mengandung di atas belakang pesakit kerana ini boleh menghimpit saluran darah ( inferior vena cava). Baringkan pesakit di bahagian sisi kiri.

sumber : http://medikdrzaki.wordpress.com/2013/01/27/selalu-pitam/

Rabu, 12 Jun 2013

Keliru Haid Ketika Puasa

Soalan :

Saya mempunyai waktu haid kebiasaannya 7-8 hari. Baru-baru ini saya dapati darah haid saya kurang daripada biasa. pada hari ke 7, setelah keluar sufrah saya telah mandi hadas dan dapat berpuasa pada 1 Ramadhan. Malam itu saya bersama dengan suami.
Keesokan harinya pada waktu saya hendak solat Zohor saya dapati ada lendir keputihan bercampur coklat. saya jadi bingung sama ada boleh solat dan meneruskan puasa atau tidak.

Adakah ianya dikira haid?


Jawapan oleh Abul Harith;

Apabila seorang perempuan melihat cecair putih atau kuning (yang keluar dari rahim selepas tamat haid), dan dia tahu dia sepatutnya suci buat masa itu, maka dia perlu berniat untuk puasa pada malam sebelumya dan harus meneruskan puasa.

Jika dia tidak pasti bila hari dia benar-benar suci, dia perlu memeriksanya dengan kain putih atau tisu. Jika ia bersih, maka teruskan puasa. Jika ia mula berdarah semula sama ada mengalir ataupun tompokan sahaja, maka dia perlu berhenti berpuasa selagi mana dia berada dalam tempoh haid (Fatwa Lajnah Daimah, 10/154)

Jika tidak berdarah sehingga Maghrib dan dia terus berpuasa seperti yang telah diniatkan pada malam sebelumnya, maka puasanya sah. Jika seorang perempuan merasa pergerakan darah haid dalam badannya tapi ia tidak keluar sehingga terbenam matahari, puasanya sah dan tidak perlu diganti. Jika darah haid atau nifas berhenti waktu malam dan dia berniat puasa, namun tidak sempat mandi wajib bila fajar (azan Subuh) menjelang, puasanya masih sah menurut semua ulama. (Fath al-Bari, 4/148)

Begitu juga, jika seorang wanita tahu haidnya akan datang kesokan harinya, dia masih boleh teruskan niat dan berpuasa. Dia tidak perlu buka puasa melainkan dia betul-betul melihat darahnya.

Rujukan : 70 Perkara Berkaitan Puasa oleh Syaikh Muhammad Salih al-Munajjid
http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/23/keliru-haid-ketika-puasa/

Suntikan ketika berpuasa?


Soalan :

Apakah suntikan perubatan di siang hari bulan Ramadhan mempengaruhi puasa?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:

Suntikan perubatan ada dua jenis. Pertama, suntikan (infusion), yang mana dengan suntikan ini boleh mencukupi keperluan makan dan minum. Maka suntikan ini termasuk perkara yang membatalkan.

Adapun jenis yang kedua adalah suntikan yang tidak mengandungi zat makanan dan minuman. Jadi suntikan jenis ini bukan bererti seperti makan dan minum. Maka hukum puasanya sah sampai ada dalil syar’i yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya.

[Fatawa Ash-Shiyam, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 58]
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Guna Inhaler ketika Puasa?

Soalan :

 Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?


Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.
Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Nasihat menyambut Ramadhan

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa


1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.

2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.

3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.

4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.

5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.

6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.

7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.

8) Berjimak dengan sengaja.

9) Murtad.

10) Gila, walaupun sebentar.

11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa


1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit 
fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun 
dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari 
mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.


Rujukan:

Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

Sumber : via e-mail, Sdr. Mohd Effy Saiful Mohd Fathil, http://effysaiful.blogspot.com/

Pil Cegah Haid, dibenarkan atau tidak?


Soalan: 
Boleh seorang wanita memakan pil menghalang datangnya haid pada bulan ramadan atau ketika ingin menunaikan haji dan umrah? Sekiranya telah datang waktu haidnya tetapi haid tidak ada disebabkan pil tersebut, apakah ibadatnya sah?


Jawapan: 

Pertama, dia boleh menggunakan pil kerana tiada dalil syarak yang melarang perbuatan tersebut. Adalah menjadi kaedah bahawa asal sesuatu perkara itu dalam urusan kehidupan adalah harus, sehingga adanya dalil ianya dilarang. Demikianlah penggunaan pil tersebut, ianya harus kerana tiada dalil yang melarangnya.


Kedua, jika haid seseorang wanita tidak datang disebabkan pil tersebut maka dia dianggap tidak dalam haid dan sah ibadatnya. Ini kerana haid dihukum ada berdasarkan darah yang keluar, bukan berdasarkan andaian waktu. Maka dia boleh meneruskan ibadahnya dengan yakin tanpa sebarang syak.


Sumber : http://drmaza.com/ dengan judul asal Pil Perancang

Perkara-perkara yang membatalkan Puasa.

Terdapat beberapa perbuatan yang wajib dijauhi oleh orang yang puasa, kerana sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan, ianya akan membatalkan puasa dan mungkin akan menjadikan ia berdosa. Perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:


1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)

2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))

3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))

4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”


Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”


Dalilnya adalah firman Allah:
“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)
Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. 

Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):


“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” 

(Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))


Sumber : Akh. Nawawi Subandi,http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Kemudahan dan Keringanan ketika Berpuasa

1. Bagi Mereka Yang Bermusafir
Terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa dibolehkan bagi para musafir untuk memilih tidak berpuasa. Malah perlu kita ketahui bahawa rahmat Allah dan keringan ini turut disebutkan di dalam kitab yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: (yang ertinya): “Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)
Hamzah bin Amr al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam: “Adakah boleh aku berpuasa ketika dalam safar?” (dia adalah termasuk dalam kalangan yang banyak mengerjakan ibadah puasa) Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda (yang ertinya): “Puasalah jika kamu mahu dan berbukalah jika mahu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/156), Muslim (1121))
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘Anhu berkata: “Aku pernah melakukan safar bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam di bulan Ramaadhan, orang yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka tidak mencela yang puasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/163), Muslim (1118))
Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya memilih, tidak menentukan mana yang afdhal, namun mungkin kita akan menyatakan juga bahawa yang afdhal adalah berbuka dengan berdaarkan hadis-hadis yang umum. Ini adalah seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah senang jika rukhsah yang Ia berikan diambil sebagaimana Dia membenci kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Ahmad (2/108), Ibnu Hibban (2742) dari Ibnu Umar dengan sanad yang sahih)
Dalam satu riwayat yang lain: “Sebagaimana Dia senang ketentuan hukum-Nya dilaksanakan.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (354), al-Bazzar (990), ath-Thabrani di dalam al-Kabir (11881) dari Ibnu Abbas dengan sanad yang sahih)
Tetapi mungkin hal ini dibatasi bagi orang yang tidak merasa berat dalam mengqadha dan menunaikannya, agar rukhshah tersebut tidak bertentangan dari maksudnya. Perkara ini telah dijelaskan sejelasnya tanpa keraguan. Dalam satu riwayat dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu: “Para sahabat berpendapat bahawa barangsiapa yang merasa kuat (untuk berpuasa) maka lebih baik baginya untuk berpuasa, manakala bagi yang merasa lemah, berbuka adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (713), al-Baghawi (1763) dari Abu Said. Sanadnya sahih)
Mudah-mudahan Allah membimbing kita semua ke jalan petunjuk dan ketaqwaan serta memberikan rezeki berupa pemahaman dalam agama. Sesungguhnya puasa dalam safar jika memberatkan hamba bukanlah suatu kebajikan sedikitpun, tetapi berbuka lebih utama dan lebih disenangi Allah. Dalil yang menjelaskan persoalan ini adalah riwayat dari beberapa orang sahabat, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda (yang ertinya): “Bukanlah suatu kebajikan melakukan puasa dalam safar.” (Haids Riwayat al-Bukhari (4/161), Muslim (1110) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu)
Peringatan
Terdapat sebahagian orang yang menyangka dan menganggap bahawa pada zaman kita sekarang tidak diperbolehkan berbuka ketika di dalam musafir, hingga mencela orang yang mengambil rukhsah tersebut, atau berpendapat puasa itu lebih baik kerana mudah dan banyaknya sarana pengangkutan pada ketika (zaman) ini. Sebenarnya orang-orang seperti ini perlu kita “usik” ingatan mereka kepada firman Allah Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata (yang ertinya): “Rabmu tidak pernah lupa.” (Maryam, 19: 64)
Dan firman-Nya (yang ertinya): “Allah telah mengetahui sedangkan kalian tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah, 2: 232)
Dan perkataan-Nya di tengah ayat tentang rukhshah berbuka dalam safar (yang ertinya): “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)
Di sini menjelaskan bahawa kemudahan (keringanan) bagi orang yang safar adalah sememangnya perkara yang dikehendaki oleh Allah. Dan ini juga sebenarnya termasuk salah satu tujuan syariat, cukup bagimu bahawa Dzat yang mensyariatkan agama ini adalah pencipta zaman, tempat dan manusia. Dia lebih mengetahui keperluan manusia dan segala yang menjadi maslahah bagi mereka. Allah berfirman (yang ertinya): “Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan atau rahsiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?” (al-Mulk, 67: 14)
Di sini diperjelaskan supaya agar seseorang muslim tahu jika Allah dan Rasul-Nya sudah menetapkan suatu perkara, tidak ada pilihan lain bagi manusia bahkan Allah memuji hamba-hamba-Nya yang mu’min yang tidak mendahulukan perkataaan manusia di atas perkataan Allah dan Rasul-Nya:
“Wahai Rabb! Kami mendengar dan taat, ampunilah kami, wahai Rabb kepada-Mu-lah kami kembali.” (al-Baqarah, 2: 285)
2. Orang yang Sakit
Allah membolehkan orang yang sakit untuk berbuka sebagai suatu rahmat dari-Nya sekligus merupakan kemudahan (rukhsah) bagi orang yang sakit. Sakit yang membolehkan seseorang individu itu untuk berbuka adalah sakit yang bila dibawa berpuasa akan menyebabkan satu mudharat atau semakin parah penyakitnya atau dikhuwatirkan memperlambat kesembuhan.
“Barangsiapa yang sakit atau dalam keadaan bermusafir maka gantilah (puasanya) pada hari yang lain sebanyak jumlah yang ditinggalkannya itu. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu sekalian dan tidak menginginkan kesulitan.” (al-Baqarah, 2: 185)
Wallahu A’lam.
3. Haid dan Nifas
Para ulama telah sepakat bahawa orang yang haid dan nifas tidak dihalalkan berpuasa, keduanya harus berbuka dan mengqadha-nya di lain hari. Malah sekiranya keduanya berpuasa ia tidaklah sah.
“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk mengqadha solat.” (Hadis Muslim, 335 (Kitab al-Haid))
4. Orang yang sudah tua (uzur/lemah)
Ibnu Abbas Radhiallahu ‘Anhuma berkata: “Orang yang telah tua sama ada lelaki mahupun perempuan yang tidak mampu untuk berpuasa haruslah dia memberi makan setiap hari (mengikut jumlah puasa yang ditinggalkannya) seorang miskin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4505). Lihat Syarhus Sunnah (6/316), Fathul Bari (8/180), Nail al-Authar (4/315))
Diriwayatkan dari ad-Daruquthni (2/207) dan disahihkannya, melalui jalan Manshur, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dia membaca: (yang ertinya): “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) supaya membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.” (al-Baqarah, 2:184)
Kemudian beliau berkata: “Iaitu lelaki tua yang tidak mampu berpuasa dan kemudian berbuka, dia harus memberi makan seorang miskin setiap harinya ½ sha’ gandum.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu: “Barangsiapa yang mencapai usia lanjut dan tidak mampu melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, dia harus mengeluarkan setiap harinya (mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkannya) 1 mud gandum.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/208) dalam sanadnya ada Abdullah bin Shalih, dia dhaif, tapi hadis ini mempunyai syahid (penguat))
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu: “Bahawasanya dia pernah tidak mampu untuk berpuasa selama satu tahun, kemudian beliau membuat satu wadah Tsarid, dan mengundang 30 orang miskin sehingga menjadikan mereka kenyang.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni (2/207), sanadnya sahih)
5. Wanita yang hamil dan menyusukan anak
Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)

Sumber : Akh. Nawawi Subandi, http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Onani ketika Puasa?


Soalan :

Baru-baru ini isteri saya berpuasa ganti. Setahu saya, hukumnya wajib sepertimana hukum puasa Ramadhan.semasa berpuasa, saya melakukan onani terhadap isteri saya dengan memasukkan jari saya ke dalam farajnya. Dan pada ketika itu, kami benar-benar terlupa yang isteri saya sedang berpuasa.
Apakah hukum puasa isteri saya? Batalkah? Wajib kaffarahkah?

Mohon maaf atas ketidaksopanan bahasa yang digunakan. Tiada niat lain melainkan ingin mandapatkan kepastian. JazakALLAH kepada panel yang sudi memberikan penjelasan.


Jawapan:

Oleh kerana perbuantan anda dan isteri anda berlaku secara lupa, maka puasa isteri anda adalah sah dan tidak dikenakan apa-apa kaffarah.

Syarak telah menjelaskan bahawa seseorang yang melakukan perkara membatalkan puasa secara lupa, tidak membatalkan puasa. Kecuali dalam permasalahan jimak, ada khilaf.

Sabda Nabi SAW:

من أكل ناسيا وهو صائم فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

Maksudnya: Sesiapa makan secara lupa walhal dia sedang berpuasa, maka hendaklah dia sempurnakan puasanya. Maka sesungguhnya Allah memberinya makan dan minum.
- HR Bukhari (no: 6292)-

Begitu juga perkara-perkara lain yang membatalkan puasa, jika dilakukan secara lupa tidak membatalkan puasa.
Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Majmuk Nawawi 6/324

Sumber : disunting dari Soal Jawab Agama, http://abuumair1.wordpress.com/
http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/08/31/onani-ketika-puasa/

Puasa Ketika Menyusu Anak?


Soalan :

1. Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk?

2. Bagaimanakah cara berniat ganti puasa? Bolehlah ia dibuat dalam bahasa Melayu?

Jawapan :

1. Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.

2. Tempat niat adalah dalam hati. Melafazkannya langsung tidak dituntut oleh syarak. Cukuplah sekadar puan beriktikad dalam hati pada malam itu bahawa puan ingin berpuasa esoknya.
Sesungguhnya TUHAN yang kita seru ini Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terdetik dalam hati seseorang. Terpulanglah pada puan untuk menggunakan sebarang bahasa yang mudah dan difahami.
Tiada gunanya berniat dalam bahasa Arab jika puan sendiri pun tidak tahu dan tidak faham maksudnya. Agama ini mudah. Janganlah kita menyusahkan diri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/07/23/menyusu-badan-niat-ganti-puasa/

Darah Hitam Keluar dari Kemaluan


Soalan :
Sekiranya darah yang berwarna hitam legam keluar dari kemaluan seseorang tersebut selain dari darah haid, apakah darah tersebut? Adakah ia suatu petanda penyakit?


Jawapan :

Sekiranya darah yang berwarna hitam itu keluar ketika dalam tempoh haid, berserta sengal-sengal di bahagian perut dan pinggang seperti yang terjadi kepada sesetengah wanita ketika didatangi haid, maka ia termasuk kategori darah haid dan haram solat dan puasa.

Tetapi jika ia hanya datang sekejap-sekejap bukan masa haid, maka ia tidak termasuk kategori haid dan wajib solat dan berpuasa jika pada masa itu Ramadan. Darah haid mempunyai pelbagai warna, merah kehitaman, merah cair, kecoklatan kekuningan dan sebagainya.

Mengenai sama ada ia petanda penyakit atau tidak, perkara itu perlu merujuk kepada doktor. Tetapi, dari segi hukum, jika selain haid, solat wajib didirikan dan puasa juga wajib ditunaikan pada waktu yang telah ditetapkan. Bersihkanlah pakaian yang terkena cecair itu setiap kali solat dan berwuduklah bagi setiap solat yang hendak didirikan. Ini kerana, cecair itu najis dan membatalkan wuduk. Wallahu a’lam.

Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my
http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/10/20/darah-hitam-keluar-dari-kemaluan/

Selasa, 11 Jun 2013

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Adakah Perancangan Keluarga dibenarkan dalam Islam?

Oleh Jamaal Zarabozo

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos, Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid Tantaawi. 

Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;
Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”
-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ
“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”
-Surah al-An`am, 90-


Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. 

Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda bersabda;


“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita. Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”


Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;


“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”
-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-


Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;


وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل
“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”
-Surah An-Nahl, 72-


ALLAH juga berfirman,
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
-Surah Al-Kahfi, 46-


Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام
“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”
-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”
-Surah al-Isra’, 31-


Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.


Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;
Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.


Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan.

 Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.


Sumber : http://www.themodernreligion.com
http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/hukum-perancangan-keluarga/