Sabtu, 15 Jun 2013

Diabetes

Medik Dr Zaki
Rujukan Perubatan Keluarga Anda
Masalah Diabetis
Posted on December 13, 2010 by Dr Zaki 0

diabetes_symptoms

Assalammualaikum Dr Zaki,
Keluarga saya mempunyai masalah diabetes. Ibu, abang, dan nenek saya semuanya mengidap diabetes. Adakah saya juga akan mengidap diabetes?
Abdullah Ubaidah
Gombak, Kuala Lumpur
Waalaikumussalam saudara Abdullah,
Untuk pengetahuan saudara dan pembaca lain, 1 dalam 30 orang mendapat penyakit diabetes.  Dan seseorang yang mempunyai keluarga yang menghidap diabetes adalah lebih tinggi risiko untuk mendapat diabetes. Maka penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat kita.
Apa itu diabetes?
Diabetes, atau nama saintifiknya diabetes mellitus, adalah penyakit di mana terdapat terlalu banyak gula di dalam darah, yang disebabkan oleh salah satu organ dalam badan iaitu pankreas tidak mampu untuk menghasilkan insulin, atau insulin masih dihasilkan oleh pankreas tetapi sel-sel badan mempunyai rintangan bagi pengambilan insulin ke dalam sel-sel badan. Insulin amat penting bagi membolehkan kebanyakan sel-sel badan mengambil gula ke dalam sel bagi perjalanan fisiologi sel, serta mengawal keseimbangan gula dalam darah.
Ada dua jenis diabetes, iaitu:
1) Diabetes mellitus type 1 atau juvenile-onset diabetes adalah jenis diabetes yang mana pesakitnya perlu mengambil insulin sepanjang hayat mereka kerana pankreas tidak menghasilkan insulin. Selalunya penyakit ini didiagnosis semasa pesakit masih muda. Sebab penyakit diabetes ini masih belum difahami sepenuhnya.
2) Diabetes mellitus type 2 atau  maturity-onset diabetes adalah jenis diabetes yang mana sel-sel badan mempunyai rintangan bagi pengambilan insulin ke dalam sel. Kebanyakan pesakit mula didiagnosis pada sekitar umur 40, namun pada masa kini semakin awal umur pesakit yang didiagnosis dengan diabetes oleh sebab faktor-faktor kegemukan, pemakanan tidak seimbang dan sebagainya. Selalunya diabetes jenis ini dikawal dengan pemakanan dan juga ubat-ubatan, namun sekiranya kawalan diabetes tidak dapat dicapai dengan optimum selepas beberapa ketika, insulin perlulah diambil oleh pesakit.


Ada dua jenis risiko untuk mendapat diabetes:

1) Risiko tetap / tidak boleh ubah-
peningkatan umur
ahli keluarga lain menghidap diabetes
pernah mendapat masalah diabetes semasa mengandung anak (gestational diabetes)
penyakit jantung

2) Risiko boleh ubah-
tidak mencapai dan mengekalkan berat badan ideal, terutama sekitar ukur lilit pinggang
kehidupan yang tidak aktif- tiada rutin bersenam
pemakanan yang tidak seimbang

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko menghidap diabetes?

Bersukan -  lakukan secara rutin
Kawal pemakanan anda – makan makanan yang seimbang dari segi pengambilan karbohidrat, protin, dan serat. Kurangkan makanan yang tinggi dengan gula (buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi) dan tinggi dengan lemak
Jangan merokok , kerana merokok membawa kepada komplikasi diabetes yang lebih teruk seperti gangrene di kaki, penyakit koronari yang membawa kepada serangan jantung dan sebagainya
Jauhi arak – sumber segala penyakit
Satu kajian yang dibuat mendapati diabetes mampu dielakkan sehingga 58% bagi semua orang. Maka, yang paling penting di sini adalah disiplinkan diri anda bagi mengurangkan risiko ini, dan insya Allah, risiko menghidap penyakit ini mampu dikurangkan.


Tiada ulasan: